Cara-Cara Hilangkan Jerawat dengan Pantas

Ada masalah jerawat? Datangnya tak diundang, perginya susah sekali. Kalau anda mengalami masalah ini, jangan risau. Kami akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Jerawat tumbuh pada bahagian muka mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seseorang. Ini biasa berlaku kepada pada permulaan akhil baligh. Selain itu, masalah nutrisi dan juga tekanan (stress) juga boleh menyebabkan kehadiran jerawat pada muka. Pengambilan gula yang tinggi dan kurang vitamin dan zat besi boleh meningkatkan risiko untuk jerawat hadir pada bahagian tubuh anda. Tambahan lagi, faktor cuaca dan persekitaran juga membantu penumbuhan jerawat pada muka. Jadi, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kehadiran jerawat. Untuk entri kali ini, kami akan kongisikan cara hilangkan jerawat dengan pantas kepada anda. Harap ia dapat membantu anda menghilangkan jerawat.

Cara Hilangkan Jerawat

Cara-Cara Hilangkan Jerawat dengan Pantas

Baca Juga : Cara Hilangkan Parut Jerawat

\

Hilangkan Jerawat dengan Ais

Ais boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kemerahan disebabkan jerawat dengan cepat. Ia juga membantu mengecutkan jerawat tersebut. Ais berfungsi melancarkan peredaran darah pada kawasan yang terjejas dan ia akan menegangkan kembali pori kulit sekaligus menghilangkan kotoran dan minyak yang berkumpul didalam kulit. Anda boleh menggunakan ais kiub ataupun ais yang telah dipecahkan untuk merawat jerawat. Hanya letakkan ais pada bahagian terjejas buat beberapa minit.

Lemon Sebagai Ubat Jerawat

Satu lagi cara cepat untuk hilangkan jerawat ialah menggunakan jus lemon yang mana kaya dengan vitamin C. Ia juga bagus untuk mengeringkan jerawat dengan cepat. Pastikan anda menggunakan jus lemon yang segar dan bukanya yang telah diproses dan dibotolkan. Ambil kapas dan titiskan jus lemon tersebut. Sapukan pada kawasan jerawat sebelum anda tidur setiap hari sehingga hilang jerawat.

Ubat Gigi

Ubat gigi yang anda selalu gunakan pada pagi adalah salah satu bahan untuk hilangkan jerawat. Sapukan pada kawasan jerawat sebelum anda tidur. Pastikan anda menggunakan ubat gigi yang warna putih dan bukannya yang jenis gel.

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi bahan antiviral, antifungal, antiseptic dan juga antioksidan. Semua bahan-bahan anti ini bagus untuk merawat jerawat dan memberi kesihatan kepada kulit. Potong bawang putih kepada bahagian kecil dan letakkan pada jerawat. Biarkan ia selama 5 minit sebelum membasuhnya menggunakan air bersih.

Madu

Madu merupakan sumber asli dan mengandungi antibiotic yang mana dapat mempercepatkan proses kesembuhan. Ia juga dapat mencegah jangkitan. Letakkan madu pada kapas dan sapukan pada kawasan terjejas. Biarkan ia selama 30 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih. Lakukan ia 2 kali sehari.

Berikut merupakan 5 cara hilangkan jerawat yang boleh anda cuba. Kami harap perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah jerawat anda. Selamat mencuba.

Leave a Reply