Cara-Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi yang berpanjangan boleh menjejaskan aktiviti harian kita. Kita tak dapat buat pekerjaan kita dengan tenang. Ada je yang tak kena bila kita buat sesuatu. Ini disebabkan mood kita yang terganggu disebabkan sakit gigi. Sakit gigi berlaku disebabkan terdapat sebahagian gigi kita yang menjadi sensitif. Gigi sensitif berpunca daripada kaviti, gigi berlubang ataupun jangkitan kuman. Pemeriksaan gigi secara berkala amatlah digalakkan bagi mengelakkan perkara-perkara ini terjadi. Namun begitu, anda juga boleh melakukan rawatan sampingan secara semulajadi untuk hilangkan sakit gigi. Mungkin rawatan ini boleh menenangkan sedikit kesakitan pada gigi anda sebelum pergi berjumpa doktor. Pada entri kali ini, kami akan kongsikan rawatan yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan sakit gigi.

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Cara-Cara Hilangkan Sakit Gigi

Hilangkan sakit gigi dengan cepat menggunakan ubat penahan sakit

\

Ubat penahan sakit memang terbukti dapat menghilangkan sakit gigi anda dengan berkesan. Kesannya mungkin sementara, namun ia sudah memadai untuk menahan kegelisahan disebabkan kesakitan pada gigi. Anda boleh mendapatkan ubat penahan sakit ini, di farmasi-farmasi berdekatan anda. Namun begitu, anda haruslah pastikan tidak mengambil dos yang berlebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan anda. Sekiranya sakit itu berlanjutan, anda haruslah berjumpa dengan doktor gigi anda untuk rawatan lanjut.

Tuam menggunakan Ais

Ais bersifat sejuk manakala kebiasaanya kesakitan pada badan bersifat panas. Oleh itu, menuam ais pada bahagian gigi yang sakit dapat memberi keselesaan kepada anda. Namun begitu, janganlah pula anda tuam terus pada gigi yang sakit itu. Lagi sakit ada la. Tuam dibahagian pipi atau berdekatan dengan gigi yang sakit. Gigi yang telah sakit ataupun sensitif akan lebih sakit sekiranya terkena bahan yang sejuk.

Berkumur Air Garam untuk Hilangkan sakit gigi

Salah satu punca sakit gigi ialah jangkitan kuman pada bahagian gigi. Anda boleh berkumur air garam untuk hilangkan jangkitan dan kesakitan ini. Ambil satu sudu garam dan satu cawan air suam. Campur dan larutkan. Kemudian, kumur air campuran garam tadi? Pastikan campuran yang dikumur tadi kena pada bahagian yang sakit. Ulang rawatan ini untuk beberapa kali sehingga hilang kesakitan.

Baca Juga: Cara-Cara Merawat Kaviti Gigi

Berikut merupakan tiga langkah yang boleh anda lakukan untuk hilangkan sakit gigi sebelum mendapatkan rawatan doktor gigi. Namun begitu, cara diatas mungkin tidak berkesan sekiranya sakit gigi itu telah lama. Oleh itu, sila dapatkan rawatan yang selanjutnya pada doktor gigi anda.

Leave a Reply