Cara-Cara Rawat Gastrik yang Perlu Anda Tahu

Kita semua suka makan makanan yang sedap dan pedas. Namun, kadang-kadang kita terlebih makan, dan ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Anda akan berasa seperti ada gas didalam perut. Ini mungkin dikaitkan dengan masalah ketidakhadaman ataupun sakit gastrik. Kadang-kadang gas yang ada didalam perut tidak datang dengan kesakitan. Namun,kalau ia datang kesakitan anda mungkin mengalami masalah gas perut yang kronik. Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan cara rawat gastrik yang perlu anda tahu sekiranya mengalaminya. Sebelum kita terus pergi ke cara rawatan, jom kita lihat dulu punca terjadinya gas dalam perut.

Penyebab Gas

Gas didalam perut terhasil apabila bakteria didalam kolom tidak dapat dihadam oleh usus kecil.Kebiasaanya,terlebih ambil makanan yang kaya dengan serat boleh menyebabkan keadaaan ini. Umum tahu, kebaikan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kepada kesihatan. Namun, pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan. Selain itu, gastrik juga boleh disebabkan oleh alergi kepada seseuatu bahan didalam makanan. Contohnya, makanan yang hasil dari produk tenusu.Kadang-kadang badan anda tidak boleh menghadam dengan sebaiknya lactose. Keadaaan ini menyebabkan perut anda kembung dan kadang-kadang boleh mengakibatkan cirit-birit.

\

Cara Rawat Gastrik Dengan Cepat

Anda boleh mengurangkan dan melegakan perut kembung dengan mengubah cara hidup anda. Antaranya ialah:

  1. Memakan makanan dengan perlahan. Makan dan minum dengan laju boleh mengakibatkan anda menelan udara yang mana boleh bertukar kepada gas. Pastikan anda makan dengan perlahan dan mengunyahnya sebelum menelannnya.
  2. Kurangakan saiz portion makanan. Makan secara berlebihan bukanlah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Mengurangkan saiz portion makanan anda boleh memberi keselesaan kepada perut, malah ia dapat membantu anda menurunkan berat badan.
  3. Cara ini tidak dapat disangkal lagi. Rawatan paling terbaik untuk memberi kesihatan kepada anda. Aktiviti fizikal selalunya dapat membantu anda mengerakan gas dan mengeluarkannya melalui sistem pencernaan anda.

Cara-Cara Rawat Gastrik yang Perlu Anda Tahu

Rawatan Gastrik Secara Semulajadi

Cuka Epal

Cuka epal membantu membaik pulih kestabilan asid didalam perut anda dan mencegah pembentukan bakteria berbahaya sekaligus melegakan anda dari masalah gastrik. Campurkan 2 sudu cuka epal dan segelas air. Minum campuran tersebut untuk memberi kelegaan kepada perut anda.

Teh Pudina

Pudina merupakan satu herba yang ajaib. Ianya memang dikenali seluruh dunia bagus untuk perubatan. Ia kaya dengan flavonoids dan juga bahan antimicrobial dan antioksidan. Ia memberi kelegaan kepada perut yang meragam dan masalah pencernaan.

Teh Hijau

Mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari merupakan satu rawatan yang terbaik untuk merawat perut kembung. Teh hijau mengandungi antimicrobial dan catechins yang membantu menyelesaikan masalah gastrik.

Meminum air

Cecair yang paling mujarab sekali untuk merawat penyakit gastrik dan semua masalah kesihatan. Ianya amat penting untuk mengekalkan hidrasi badan anda dengan banyak meminum air. Ia membolehkan proses pencernaan lebih senang dan laju. Minum air 10-12 gelas sehari untuk kebaikan kesihatan anda.

Halia

Orang tua selalu cakap, untuk buang angin dalam badan, pergilah minum air halia. Halia memang membantu mengurangkan angina didalam perut. Ia memecahkan gas dan menolak keluar gas dari sistem usus sekaligus memberi kelegaan kepada anda.

Berikut, serba sedikit rawatan untuk hilangkan sakit gastrik. Kami harap anda dapat mencuba cara rawat gastrik yang kami kongsikan ini. Sekiranya sakit perut anda berlarutan, anda haruslah berjumpa dengan doctor untuk rawatan lanjut. Sekian.

Leave a Reply