Cara-Cara Buat Kebab Daging

Bagi anda yang selalu makan burger, pasti juga menggemari kebab. Kebab merupakan hidangan yang digemari kebanyakkan orang timur tengah. Namun, begitu terdapat pelbagai variasi yang boleh anda dapatkan di negara-negara asia. Ada yang buat kebab daging lembu, kebab daging kambing, kebab daging arnab dan banyak lagi. Secara asasnya, kebab mengandungi roti yang telah dipotong dua. Kemudian dimasukkan daging yang telah dibakar dan digoreng sebagai inti ditambah dengan sayur-sayuran dan sos. Oleh itu, pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara buat kebab daging versi Malaysia. Harap anda dapat mencubanya dirumah.

Cara Buat Kebab Daging

Cara-Cara Buat Kebab Daging

Bahan-bahan:

  • Daging burger Ramli
  • Sos tomato dan Sos cili
  • Sos tiram, sedikit rempah kari daging (optional)
  • Carot
  • Timun
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Roti pita
  • Mayonis 
  • Kobis/salad (diracik nipis, optional)

Cara-cara:

  1. Guna sebungkus daging beger Ramli.
    Daging ramly
  2. Panaskan dalam microwave kejap pastu potong dadu .
  3. Potong dadu carot, timun, bawang besar. Letak tomato lagi sedap.
    sayur-sayuran untuk kebab
  4. Jangan lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( tak suka tak payah letak).
  5. Panaskan bahan potong tadi.
    goreng sayur-sayuran tadi
  6. Letak butter ciket pon ok nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar.
  7. Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging beger bersama rempah kari*(*optional ye)
    masukkan daging
  8. Masukkan ketiga-tiga sos tadi dan gaul rata.
    masukkan sos
  9. Setelah sebati masukkan sedikit garam jer.
  10. Sediakan roti pita dan mayonis.

  11. Roti pita tu kasi potong dua ye.
  12. Roti gardenia pun boleh.
  13. Sapukan disekeliling dalam roti pita dgn mayonis.
  14. Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
    kebab
  15. Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.
  16. Tada!!! Siap!!

Sekian perkongsian kami cara buat kebab daging menggunakan daging burger Ramly. Untuk anda yang ingin merasai kebab buatan sendiri bolehlah cuba resepi kebab yang simple dan ringkas ini. Buat banyak-banyak dan hidangkan kepada ahli keluarga anda dan rakan-rakan. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat kepada anda, kongsikan kepada rakan-rakan di Facebook dan juga media social yang lain. Selamat mencuba.

\

Baca Juga: Cara-Cara Masak Ayam Goreng ala McD

Sumber: Resepi Hari Ini

Leave a Reply