Cara-Cara Buat Cucur Udang Utara dan Kuah Kacang

Tiada idea untuk dihidangkan pada waktu minum petang? Jangan risau. Jom cuba buat cucur udang utara dan kuah kacang ini untuk dihidangkan. Cara nak buat pun senang dan bahan-bahan pun mudah untuk dicari. Kami kongsikan cara buat cucur udang untuk anda didalam artikel ini. Selamat mencuba!

Cara Buat Cucur Udang Utara dan Kuah Kacang

Cara-Cara Buat Cucur Udang Utara

Cucur Udang

Bahan-Bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air – masukkan sedikit-sedikit
  • 1/2 sudu besar yis
  • 1/2 labu bawang besar – di hiris
  • 1 cawan taugeh
  • 1 ikat kucai dibersihkan – dipotong pendek
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan udang basah – saya guna yang saiz kecil

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan kering kedalam mangkuk besar dan gaul.
  2. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil di kacau adunan menggunakan senduk. Jika adunan cair, hentikan penggunaan air, 2 cawan air memang adunan sedang elok sahaja. 
  3. Masukkan pula udang dan sisakan sedikit untuk diletakkan keatas cucur sebelum menggoreng. perapkan adunan dalam 15 minit sebelum mula menggoreng.
  4. Seterusnya ceduk adunan dengan senduk dan letakkan dua ekor udang.
  5. Rendamkan senduk kedalam kuali berisi minyak panas dan gunakan sudu untuk menaggalkan tepung dari senduk. Goreng hingga keemasan menggunakan minyak yang sederhana panas agar masak sempurna.
  6. Angkat cucur, toskan minyak dan bolehlah dihidangkan dengan kuah kacang.

Kuah Kacang:

Bahan A

  • 2 cawan kacang tanah
  • 15 tangkai cili kering
  • 1/2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar – dimayang

Bahan B

  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Goreng kacang tanah hingga ranggup dan kisar kasar.
  2. Goreng juga cili kering, belacan dan bawang besar dengan sedikit minyak dan kisar halus.
  3. Masukkan semua bahan kisar kedalam periuk dan masukkan juga gula, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  4. Seterusnya masukkan air secukupnya dan masak sebentar sahaja ikut kepekatan yang dikehendaki. Matikan api dapur.

Baca Juga: Cara-Cara Kuih Seri Muka

\

Berikut kami kongsikan cara buat cucur udang versi utara dan kuah kacang. Harap anda dapat mencubanya dirumah dan nikmati waktu minum petang bersama ahli keluarga. Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Sumber : Resepi Hari Ini

Leave a Reply