Cara-Cara Buat Kuih Lompang Gula Merah

Nak buat kuih lompang? Tak tahu cara? Ni, kami kongsikan cara buat kuih lompang gula merah untuk anda cuba buat dirumah. Tapi kenapa nama dia kuih lompang? Menurut orang-orang tua, kuih ini diberikan nama kuih lompang kerana bentuknya berlubang pada bahagian tengah. Sebab tu nama lompang. Sekiranya anda buat kuih ini tidak ada lubang, maka tak jadi lah tu kuih ini. Hehehe. Jom kita lihat resepi dan cara-cara buat kuih lompang ini.

Cara Buat Kuih Lompang Gula Merah

Cara-Cara Buat Kuih Lompang Gula Merah

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan

Bahan-Bahan untuk Hiasan di atas lompang:

  • Kelapa parut yang putih
  • secubit garam halus
  • 1 helai daun pandanĀ (gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap)

Cara -cara:

  1. Satukan gula merah, gula pasir serta 1 1/2 cawan air. Masak bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
  3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
  4. Biarkm sejuk sebentar,keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

Baca Juga : Cara-Cara Buat Kuih Akok

\

Berikut merupakan cara untuk buat kuih lompang yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap anda dapat cuba buat dirumah dan nikmati bersama ahli keluarga ketika minum petang. Jangan lupa kongsikan resepi ini di media sosial sekiranya bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sumber: Fadilla Khair

Leave a Reply