Cara-Cara Buat Popia Cendawan Cheese

Mencari hidangan untuk dihidangkan waktu minum petang? Tiada idea. Apa kata cuba buat popia cendawan cheese ini. Cara buat popia cendawan cheese amatlah mudah. Bahan-bahan untuk membuatnya juga mudah untuk didapati dipasaraya-pasaraya berdekatan anda. Rasa cheese dicampur dengan krim cendawan menjadikan inti popia ini “awesome” dan mencair didalam mulut. Makan satu pasti tidak cukup kerasa kesedapannya. Jadi, pada post kali ini, kami kongsikan kepada anda cara buat popia cendawan cheese yang sedap ini.

Cara Buat Popia Cendawan Cheese

Cara-Cara Buat Popia Cendawan Cheese

Bahan-Bahan

  • Satu tin cendawan butang (potong dadu)
  • Dua batang lobak (potong dadu/ memanjang)
  • Satu biji bawang holland (potong dadu)
  • Tiga batang sosej (hiris kecil)
  • Tiga keping burger ayam
  • Satu tin cream of mushroom prego (tin biru)
  • Tiga keping chedar cheesedale
  • Sedikit susu fullcream
  • Sedikit butter

Cara-Cara

  1. Panaskan satu sudu kecil butter
  2. Kemudian, masukkan bawang holland dan tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan daging burger, kacau kasi hancur dan tidak berketul
  4. Letakkan sosej, cendawan dan lobak dan kacau.
  5. Selepas itu masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sampai sebati
  6. Kalau pekat sangat tambah susu full cream tapi jangan bnyak sangat, agak-agak je.
  7. Kemudian,perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula serta garam.
  8. Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.
  9. Letakkan pada kulit popia dan gulung macam biasa.
  10. Goreng macam biasa. Tips masa goreng: Api jangan kecil sangat sebab kalau lama ia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun akan kotor.
  11. Siap dan hidangkan.

Baca Juga: Cara-Cara Buat Roti Sardin Gulung

\

Mudah kan cara buat popia cendawan cheese ni? Jadi apa tunggu lagi. Pergi cari barang-barang dan cuba buat dirumah anda sekarang. Nikmati bersama-sama ahli keluarga pada waktu minum petang. Kami harap anda dapat mencuba resepi ini. Sekiranya perkongsian resepi popian ceini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda di Facebook dan juga sosial media lain. Selamat mencuba.

Sumber: Masak Apa Hari Ini

Leave a Reply