Cara-Cara Masak Ayam Goreng Mamak

Bosan dengan ayam goreng biasa? Jom cuba resepi ayam goreng mamak yang kami kongsikan didalam artikel ini. Kalau di Pantai Timur mungkin ayam goreng mamak sukar untuk ditemui kerana kurangnya gerai makan mamak disini. Kalau area Kuala Lumpur memang banyak. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini, jom lihat cara masak ayam goreng mamak yang ringkas ini. Selamat mencuba.

Cara Masak Ayam Goreng Mamak

Cara-Cara Masak Ayam Goreng Mamak

Bahan-Bahan:

  • 2 Sudu besar tepung beras.
  • 1 Sudu kecil tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 2 Sudu kecil serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus
  • 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + 2 inci halia ( semua dikisar halus)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 kg minyak untuk goreng.
  • 1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
  • Garam Secukup rasa
  • 1 biji putih telur
  • Air secukupnya untuk bancuhan.

Cara-Cara:

  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam…
    Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam…
  2. Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi sedikit..
    Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat penting untuk diberi perhatian. Sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam.dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak.
  3. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam…
  4. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye. Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak.
  5. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
  6. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa. Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam.Pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yang sederhana.Gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit.
  7. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
  8. Goreng ayam tak perlu terlalu lama. Kalau terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam.

Baca Juga : Cara-Cara Masak Ayam Goreng ala McD

\

Kesimpulan

Berikut merupakan cara masak ayam goreng mamak yang ringkas dapat kami kongsikan kepada anda. Harap anda dapat mencubanya. Selamat mencuba!

Leave a Reply