Cara-Cara Solat Dhuha Secara Ringkas

Solat dhuha adalah solat sunat yang istimewa dan mempunyai banyak manfaat dan kelebihan.Ianya dikerjakan pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur) .Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Berikut merupakan cara solat dhuha secara ringkas.

Cara Solat Dhuha

Cara-Cara Solat Dhuha Secara Ringkas

Niat Solat Dhuha

niat solat dhuha

Niat Solat Dhuha

[Usolli Sunnata Dhuhaa Rak’ataini Lillaahi Ta’ala, Allahu Akbar]

\

“Sahaja aku Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan Di Dalam Solat

Rakaat Pertama selepas membaca Al-fatihah : Surah As-Syams 

Surah Asy -syams

Surah Asy -syams

Rakaat Kedua selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Dhuha 

surah ad dhuha

Surah adh dhuha

Doa Solat Dhuha

Doa solat dhuha

Doa solat dhuha

Pengertian doa solat dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu dan kekuatan-Mu, berikanlah kepadaku apa yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang shalih”

Baca juga : Cara Solat Sunat Tahajjud & Cara Solat Sunat Istikharah

Bagi anda yang ingin mudah menghafal doa dhuha ini bolehlah menonton video di Youtube oleh UNIC ini.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Hikmah Solat Sunat Dhuha

  1. Memohon maghfirah (keampunan) Allah SWT
  2. Termasuk golongan awwabin, orang yang banyak kembali kepada Allah dengan bertaubat
  3. Menjadi senaman tanpa kita sedari
  4. Melancarkan peredaran darah
  5. Menormalkan penghasilan hormon
  6. Menenangkan jiwa
  7. Menghilangkan stress
  8. Wajah berseri
  9. Membuka pintu rezeki

Leave a Reply