Cara-Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan siakap tiga rasa biasanya kita order dan makan direstoran-restoran. Namun, pada entri kali ini kami akan kongsikan cara masak ikan siakap tiga rasa sama macam direstoran. Apa yang anda perlukan ialah ikan siakap dan bahan-bahan didapur macam biasa. Cara buatnya juga bukanlah susah pun. Jom kita cuba resepi ikan siakap tiga rasa yang kami kongsikan ini. Pasti anda tidak mahu makan diluar dan order hidangan ini lepas ni sebab dah pandai masak sendiri. Jimat pun jimat. Makan pula dengan nasi putih yang panas-panas, lagilah “enjoy”. Kami harap anda dapat cuba buatnya dirumah dan nikmati bersama ahli keluarga anda. Selamat mencuba!

Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa

Cara-Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng)
  • garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak

Bahan Cincang Halus:

  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Sos:

  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb cili kisar
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis

Bahan-Bahan dihiris Halus:

  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 – 5 biji cili padi

Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa

  1. Sediakan kukusan dan lumuri ikan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.
  2. Siapkan kuali dan panaskan minyak. Selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. kacau rata.
  3. Selepas mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  4. Masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.
  5. Siap ! Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Baca Juga: Cara-Cara Masak Ikan Siakap Stim Limau

\

Berikut merupakan resepi ikan siakap tiga rasa yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap anda dapat mencubanya dirumah dan nikmati bersama ahli keluarga. Kongsikan cara masak ikan siakap tiga rasa ini kepada rakan-rakan anda. Sekian, selamat mencuba!

Leave a Reply