Cara-Cara Buat Coleslaw KFC

Cara buat coleslaw KFC. Bagi anda yang selalu ke KFC dan order snack plate ataupun dinner plate pasti disertakan sekali pakej coleslaw dan kentang putar. Kedua-dua hidangan ini, seolah-olah pelengkap kepada hidangan utama iaitu ayam goreng. Jika sebelum ini, kami ada kongsikan cara buat kentang putar dan ayam goreng ala KFC, pada kali ini, kami akan kongsikan cara buat coleslaw KFC pula. Coleslaw ialah campuran sayur-sayuran yang terdiri daripada kubis, carrot, dan juga bawang dicampur bersama mayonis. Untuk resepi lengkap coleslaw ini, jom kita lihat bahan-bahan dan cara buat coleslaw di bawah ini.

Cara Buat Coleslaw KFC

Cara-Cara Buat Coleslaw KFC

Bahan-Bahan

  • 1 biji kubis potong dadu
  • 1 batang carrot potong dadu
  • 2 sb bawang holland potong dadu
  • ½ cawan mayonis
  • ⅓ cawan gula pasir
  • ¼ cawan susu full cream (dutch lady)
  • ¼ cawan buttermilk
  • 2 ½ sb perahan lemon
  • 1 ½ sb cuka
  • ½ sk garam
  • ⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-Cara

  1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
  2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
  3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
  4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Baca Juga: Cara Buat Kentang Putar

\

Senang kan cara buat coleslaw KFC ini. Lepas ni senang la nak buat hidangan ini untuk bagi makan kat anak-anak dengan resepi ringkas ini. Kami harap anda dapat mencubanya dirumah. Sekiranya resepi ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan di Facebook dan media sosial lain. Sekian.

Kredit kepada Afrina Zulqarnaen

Leave a Reply