Cara-Cara Buat Kuih Tepung Pelita

Cara Buat Kuih Tepung Pelita. Kuih tepung pelita memang popular dikalangan penggemar kuih tradisional. Kalau bulan puasa pasti kuih ini menjadi hidangan utama bagi juadah berbuka. Di Kelantan, kuih ini mudah untuk didapati di pasar-pasar pagi. Maklumlah, kat Kelantan memang mudah untuk cari kuih-kuih tradisional ini. Rupa bentuk kuih ini macam seperti kuih seri muka. Mempunyai dua lapisan, atas warna putih dan bawahnya warna hijau. Yang bezanya adalah bahan untuk membuatnya. Kuih seri muka dibuat daripada pulut berbanding kuih tepung pelita yang dibuat menggunakantepung beras. Untuk entri kali ini kami akan kongsikan resepi dan cara buat tepung pelita yang boleh anda cuba dirumah. Jom kita lihat bahan dan cara untuk buatnya.

Kuih Tepung Pelita

Cara-Cara Buat Kuih Tepung Pelita

Bahan-Bahan untuk Bahagian Hijau

  • 3 cawan tepung beras
  • 9 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan (4,5 helai)
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara

  1. Campur semua bahan, kacau dengan api yang sederhana sampai likat macam lompat tikam tu
  2. Sambil-sambi tu susun sarang dalam kukusan, letak satu sudu besar gula setiap sarang kuih, kukus sampai gula cair angkat dan masukkan bahan hijau tadi.
  3. Ok, lepas letak hijau tu kukus sekali lagi lebih kurang 5 minit, angkat dan sejukkan, habiskan semua sarang yang ada.

Bahan-Bahan untuk Bahagian Putih

  • 1 Biji kelapa ambil santan (lebih kurang 2 liter)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3 sudu kecil garam

Cara-Cara

  1. Campur semua bahan tu, kacau sebati masak atas api yang sederhana sampai likat, saya guna kuali senang nak ceduk nanti.
  2. Lepas je masak terus masukkan dalam sarang tepung pelita yang warna hijau tadi, sejukkan, siap. Selamat mencuba!

Baca Juga: Cara-Cara Buat Kuih Seri Muka

\

Senang kan cara buat kuih tepung pelita ni. Bagi anda yang mempunyai kelapangan masa, bolehlah cuba buat kuih tradisional ini untuk dihidangkan kepada keluarga waktu minum petang. Kami harap anda dapat mencuba resepi kuih pelita ini dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Sekiranya resepi ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan di Facebook dan media sosial lain. Sekian.

Kredit kepada Ainiey Dan Nazri

Leave a Reply