Cara-Cara Buat Puding Roti yang Sedap

Tercari-cari idea untuk hidangan minum petang bersama ahli keluarga? Jom cuba buat puding roti yang awesome ni. Puding roti adalah hidangan yang simple namun ia dapat memberi kenikmatan kepada deria rasa anda dan mengenyankan. Rasanya yang manis dan rotinya yang lembut menjadikan ia satu hidangan yang akan membuatkan anda tenang. Hahaha. Untuk entri kali ini kami akan kongsikan resepi dan cara buat puding roti yang ringkas dan sedap buat anda. Resepi puding roti ini telah dikongsikan oleh Puan Amelia Rahim di Facebook. Jom kita cuba tengok, bahan-bahan dan cara buatnya. Selamat mencuba!

Cara Buat Puding Roti

Cara-Cara Buat Puding Roti yang Sedap

Bahan-Bahan untuk Roti

  • Roti 1 buku, yang pendek, nak sedap guna roti butterscotch
  • Susu full cream 2 cawan
  • Whipping cream 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Gula castor 1/2 cawan
  • 1 tbsp esen vanilla
  • Kismis

Cara-cara untuk Roti:

  1. Sapu loyang/caserrol dengan butter.
  2. Susun roti.
    hidangan puding roti
  3. Di mangkuk lain, pukul telur hingga kembang (whisk), pastu masukkan semua bahan kecuali kismis. Kacau rata.
    kismis pada puding roti
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah disusun roti tadi, biar sampai roti tenggelam. Rendam sehingga 1 jam.
  5. Kemudian tabur kismis dan bakar sehingga masak

Bahan-Bahan untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu tepung kastard
  • Gula 2 sudu or ikut kemanisan sendiri
  • 1 cawan susu full cream

Cara-Cara untuk Sos Kastard

  1. Satukan semua bahan, kacau rata dulu supaya tepung kastard tak berketul-ketul.
  2. Panaskan atas api sederhana. Sentiasa dikacau sampai sos kastard agak pekat.
  3.  Dah sejuk boleh terus hidang dgn puding roti tadi.

Baca Juga: Cara-Cara Buat Kek Coklat Lava

\

puding roti

Berikut merupakan resepi puding roti yang dapat kami kongsikan. Kami harap anda dapat mencuba cara buat puding roti yang telah dikongsikan diatas. Puding roti ini, sedap dimakan dalam keadaan sejuk. Pastikan anda meletakkan kedalam peti terlebih dahulu sebelum menghidangkan pada waktu minum petang. Sekiranya perkongsian resepi ini bermanfaat untuk anda, kongsikan kepada rakan-rakan anda di Facebook dan media sosial lain. Akhir kata, selamat mencuba.

Leave a Reply