Cara-Cara Buat Sambal Belacan Goreng

Cara buat sambal belacan goreng. Bagi anda penggemar makanan pedas, pasti suka akan kepedasan dan kesedapan sambal belacan. Terdapat pelbagai variasi sambal belacan yang dapat ditemui di Malaysia ni. Kadang-kadang setiap negeri ada versi sambal belacan masing-masing. Salah satu versi sambal belacan yang unik bagi kami ialah sambal belacan goreng. Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan cara buat sambal belacan goreng resepi orang tua-tua zaman dahulu.

Kebiasaannya, resepi asas sambal belacan adalah lada, belacan dan sedikit air asam ataupun perahan limau kasturi. Untuk resepi sambal belacan goreng, ianya sedikit berbeza. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti bahan-bahan untuk menumis. Jadi jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat sambal belacan goreng ini.

\

Resepi Sambal Belacan Goreng

Cara-Cara Buat Sambal Belacan Goreng

Bahan-Bahan

  • Tomato 2 biji (buang biji)
  • Bawang putih 4
  • Bawang besar 2biji
  • Cili api 10 biji
  • Cili besar yang merah 15 biji
  • Limau nipis 2 biji
  • Limau kasturi 15 biji
  • Belacan separuh peket
  • Garam 1 sudu
  • Gula 3 sudu
  • Ajinamoto 1 sudu
  • Minyak 2 sudu untuk menumis
  • Air masak secukupnya

Cara-Cara:

  1. Basuh semua bahan-bahan tadi sehingga bersih
  2. Perah limau nipis dan kasturi
  3. Tumis semua bahan bersama belacan menggunakan api yang kecil
  4. Masukkan garam, gula dan ajinomoto
  5. Masukkan air limau yang telah diperah tadi.
  6. Kemudian, masukkan air mengikut kepekatan yang anda mahu. Kalau nak pekat, kurangkan sedikit air dan sebaliknya
  7. Dah nampak macam masak. Keluarkan dari kuali
  8. Masukkan kedalam Blender. Blenderkan ia sehingga sebati.
  9. Siap dan hidangkan.

Baca Juga: Cara-Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa

Berikut merupakan cara untuk buat sambal belacan goreng. Senang kan. Perbezaan dengan sambal biasa ialah, sambal belacan goreng ditumis terlebih dahulu sebelum dikisar menjadi sambal. Tumisan ini menjadikan ia lebih sedap dan rasanya just nice, tak pedas dan tak masam. Jadi ia amat sesuai juga untuk kanak-kanak. Bagi anda yang alergi pada belacan, haruslah berpada-pada memakannya. Janganlah disebabkan sedap sangat sampai sebotol sambal ko makan. Heheheh. Kami harap anda dapat mencuba resepi ini dirumah dan jika ia sedap, kongsikan kepada rakan-rakan anda di Facebook dan media sosial yang lain. Sekian. Selamat mencuba!

Foto Kredit : Pamapedia

Leave a Reply