Cara-Cara Buat Sambal Belacan Kelantan

Cara Buat Sambal Belacan Kelantan. Jika sebelum ini kami kongsikan resepi sambal belacan goreng, pada entri kali ini kami akan kongsikan resepi sambal belacan Kelantan. Setiap negeri mungkin mempunyai versi sambal belacan tersendiri. Jadi pada entri ini, jom kita lihat cara buat sambal belacan Kelantan.

Seperti biasa, ramuan utama untuk membuat sambal belacan ialah cili dan juga belacan. Untuk resepi ini, bahan-bahannya tidak ditumis seperti sebelum ini. Mungkin itu perbezaan antara sambal ini dengan sambal belacan goreng. Jom kita lihat bahan-bahan untuk resepi sambal belacan Kelantan ini.

\

Resepi Sambal Belacan Kelantan

Cara-Cara Buat Sambal Belacan Kelantan

Bahan-Bahan

  • 20 Tangkai Cili Kering – rendam sehingga kembang, buang biji
  • 20 Tangkai Cili Merah dan 20 Tangkai Cili Padi
  • 5 Ulas bawang putih
  • 10 Ulas bawang merah
  • 2 Biji Tomato
  • 1 Keping belacan (dibakar)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 Cawan cuka masak
  • limau nipis atau limau kasturi (ambil jus)
  • 1/4 biji nenas (dicincang halus)
  • 1 Biji Mangga Muda

Cara-Cara

  1. Bakar Bawang merah dan bawang putih, dan rebus cili kering
  2. Cili padi dan cili merah dihiris kecil. Satukan semua bahan.
  3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering, cili padi dan cili merah bersama cuka, belacan, garam dan gula. Kisar sehingga halus.
  4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk
  5. Campurkan nenas dan mangga ke dalam sambal.
  6. Gaul rata.
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Perahkan jus limau
  9. Sedia untuk dihidangkan dihidangkan

Mudah kan cara buat sambal belacan versi kelantan ni. Jadi apa tunggu lagi, cubalah buat sambal ini dirumah anda dan nikmati bersama ahli keluarga. Untuk menambahkan lagi kenikmatan sambal ini, makan dengan nasi panas dan ikan bakar. Jadikan sambal sebagai pencicah. Memang terbaik dan menjilat jari lah. Bagi anda yang berkunjung ke Kelantan, harus merasai sambal belacan ini. Ia mudah didapati dikedai-kedai makan dan restoran di Kelantan. Kalau anda nak senang, terus je pergi restoran Nasi Ulam Cikgu. Disana terdapat pelbagai lauk dan ulam-ulaman untuk anda nikmati bersama sambal belacan Kelantan ini. Bagi anda yang tidak berkesempatan, bolehlah cuba buatnya dirumah. Selamat mencuba!

Kredit kepada Kuali Terbalik untuk resepi ini

Leave a Reply