Cara-Cara Buat Sambal Belacan Thai

Resepi Sambal Belacan Thai. Dari resepi sambal belacan Kelantan, sekarang kita pergi ke jiran Kelantan, iaitu Thailand. Di Malaysia, terdapat banyak restoran yang berasal daripada Thai. Malah, hampir keseluruhan Malaysia, mesti ada kedai makan dari Thailand. Makanan-makanan dan tukang masak dibawa secara ekslusif ke Malaysia. Jadi, anda tidak perlu ke Thailand untuk menikmati makanan-makanan dari sana. Untuk entri kali ini, kami tidak akan bincangkan mengenai hidangan-hidangan popular Thailand, namun kami akan kongsikan satu hidangan yang agak istimewa, iaitu sambal belacan Thai.

Bagi anda yang pernah makan di restoran Thai, pasti pernah dihidangkan dengan sambal belacan thai ini. Ia seperti pelengkap kepada makanan yang diorder. Dimakan pula dengan timun batang, memang menjadikan ia hidangan yang terbaiklah. Kalau anda perhatikan, terdapat sedikit perbezaan sambal belacan thai daripada sambal belacan Malaysia. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan resepi sambal belacan thai yang awesome ini. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara buatnya. Let’s go!

\

Resepi Sambal Belacan Thai

Cara-Cara Buat Sambal Belacan thai

Bahan-Bahan

  • Cili padi segenggam atau lebih
  • 2ulas bawang besar dipotong kecil memudahkan untuk menumbuk
  • 6ulas bawang putih
  • Gula thai@ somtam
  • Garam
  • Belacan 2-3in belacan dibakar terlebih dahulu
  • Limau nipis 4biji ambil jus nya

Cara-Cara

  1.  Tumbuk cili padi sehingga pecah-pecah dan lumat
  2. Kemudian, masukkan bawang putih dan tumbuk hingga lumat.
  3. Ulang langkah diatas dengan memasukkan bawang merah dan ditumbuk lumat juga.
  4. Kemudian, masukkan belacan yang telah dibakar tadi bersama-sama gula thai. Tumbuk lumat
  5. Masukkan garam.
  6. Akhir sekali, masukkan perahan jus limau tadi.
  7. Siap dan hidangkan.

Baca Juga: Cara-Cara Buat Sambal Belacan Goreng

Untuk menjadikan ia lebih pedas, anda boleh masukkan cili lebih sedikit. Resepi diatas adalah untuk sepiring kecil sahaja untuk dimakan terus bersama hidangan lain. Perahan limau tadi menjadikan sambal belacan thai mempunyai rasa masam, masin dan manis. Sambal belacan thai kalau kita perhatikan lebih pekat berbanding dengan sambal belacan Kelantan mahupun sambal belacan goreng. Kami harap anda dapat cuba buat resepi ini dirumah dan nikmati bersama nasi panas dan juga ikan rebus. Heheheh. Selamat mencuba ya!

Foto kredit: Hafizah Fiza

Leave a Reply