Cara-Cara Masak Bubur Ayam

Cara-Cara Masak Bubur Ayam. Tiada selera untuk makan kerana kurang sihat? Anda boleh cuba makan bubur ayam untuk menambahkan selera anda. Anda boleh dapatkan bubur ayam sedap di McD. Bagi kami bubur ayam McD adalah bagus untuk menaikan selera bagi orang yang kurang sihat seperti demam ataupun sakit tekak. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan bubur McD ni, bolehlah suruh orang rumah anda buat. Tak tahu cara masak bubur ayam ala McD? Jangan risau. Entri kali ini kami akan kongsikan cara masak bubur ayam ala McD yang sedap untuk anda. Jom kita lihat bahan dan cara untuk buat bubur ini. Selamat mencuba!

Cara Masak Bubur Ayam

Cara-Cara Masak Bubur Ayam

Bahan-Bahan

  •  Beras 1 cawan ( cuci / toskan )
  •  Air ( 5 cawan )
  •  Halia ( hiris )
  •  Bawang merah ( hiris )
  •  Bawang putih ( hiris )
  •  Kiub ayam 1
  •  Minyak masak ( 3 sudu )
  •  Garam / perasa

Cara-Cara

  1. Masakkan beras macam biasa atas api, kacau sampai lembik kalau kurang tambah kan air sampai jadi bubur .
  2. Panaskan kuali masukkan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Masakkan sampai betul-betul garing .
  3. Kemudian tuang kan bahan yang goreng tadi dalam periuk bubur, masukkan ayam & kiub pati ayam Dan kacau sampai masak serta masukkan perasa.
  4. Tutup api, letak bubur dalam mangkuk, hiaskan dengan daun bawag, daun sup & bawang goreng.
  5. Kalau nak pedas letak lada sulah & cili merah potong-potong.

Baca Juga: Cara-Cara Buat Coleslaw ala KFC

\

Berikut merupakan resepi bubur ayam ala McD yang dapat kami kongsikan kepada anda. Cara membuatnya sangat ringkas dan bahan-bahan yang digunakan pun adalah simple. Jadi anda boleh buat sendiri kat rumah anda. Sekiranya cara masak bubur ayam ini bermanfaat kepada anda, kongsikan kepada rakan-rakan anda di Facebook dan sosial media lain. Akhir kata, jada kesihatan anda dan selamat mencuba resepi ini. Sekian.

Leave a Reply