Cara-Cara Masak Nasi Ayam Sedap dan Simple

Cara Masak Nasi Ayam. Siapa yang tak suka makan nasi ayam. Nasi ayam memang resepi yang evergreen di Malaysia ini. Ianya mudah didapati di restoran-restoran di sekitar Malaysia. Kesedapan nasi ayam ini bergantung kepada resepi dan cara buat nasi ayam itu. Untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap, nasi dan ayam yang dimasak mestilah disediakan dengan rapi dan terbaik. Jadi pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara masak nasi ayam sedap dan simple untuk anda buat dirumah. Selamat mencuba!

Cara Masak Nasi Ayam Sedap dan Simple

Cara-Cara Masak Nasi Ayam Sedap dan Simple

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan A (Ayam)

  • 1ekor ayam saiz besar 2 1/2 kg (potong12)
  • 2 liter air
  • 4 cm halia
  • 5 ulas bawang putih( kupas) n ketuk

Cara-Cara

  1. Basuh ayam
  2. Masukkan ayam kedalam periuk bersama 2 liter air
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang di ketuk tadi dan rebus dalam 15 minit kemudian tutup api dan angkat ayam dan toskan.
  4. Separuh air rebusan tadi masukkan dalam beras. Separuh lagi buat sup pula. Kalau rasa tak cukup tambahkan lagi sedikit air

Bahan-Bahan Untuk Menumis

  • 10 ulas bawang merah( kecil)
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 1 sup bunjut
  • 4 sekawan(bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis,buah pelaga sikit2 je)
  • Semua bahan di racik-racik halus kecuali 4 sekawan tu dan sup bunjut.
  • Panaskan minyak secukupnya tumis sehingga wangi keperangan. Bahagikan kepada dua dan masukkan ke dalam beras kita¬†dan separuh lagi masukkan kedalam sup.

Bahan-Bahan Untuk Perap Ayam

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia( tumbuk sampai lumat )
  • 1 1/2cawan kicap
  • 3 sdb sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit madu(kalau ada)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Perap Ayam

  1. Gaul kesemua bahan dan ayam sampai sebati, perap 30 minit dan goreng dengan api yang sederhana besar dalam 10 minit atau dah agak gelap sedikit bolehlah angkat dan toskan.
  2. Untuk kuah kicap, lebihan bahan perapan kita masakkan sebentar atas api dan tak perlu tambah perisa.

Bahan-Bahan B (Nasi)

  • 6 pot beras(pot rice cooker)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sdt garam
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 2 helai daun pandan(di simpul)
  • 1 batang serai(di titik)
  • Air rebusan ayam

Cara-Cara Masak Nasi

  1. Masukkan beras dalam rice cooker
  2. masukkan air rebusan ayam tadi tu sukatlah ye ikut cara masing-masing
  3. Masukkan bawang yang dah di tumis sampai perang tadi (separuh lg masukkan ke dlm sup)
  4. Masukkan semua bahan-bahan B kacau rata dan tutup periuk biar sampai masak

Bahan-Bahan C

  • 15 bj cili merah (besar)
  • 30 bj cili api( nk kurang or nk lebih pedas terpulang ye)
  • 1 biji tomato
  • 4 sdb sos cili thai
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 6 bj limau kasturi(di ambil jusnya)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Blend kesemuanya dan rebus sampai likat.
  2. Dah cukup masin, manis,masam oklah tu tutup api
  3. Sediakan salad,timun,tomato sebagai ulam nasi ayam kita

Baca Juga: Cara-cara masak bubur ayam

\

Berikut merupakan resepi nasi ayam yang sedap dan simple. Kami harap anda dapat buatnya dirumah anda dan nikmati bersama ahli keluarga anda. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Hari Ini

Leave a Reply